BY YOURS TRULY: SELAGI KAU MAMPU

11:08:00

Pabila kau celik, 
Di pagi hari, 
Keluarlah melangkah pergi, 
Mencari ketenangan, 
Mencari isi dunia, 
Yang mampu membuat kau bahgia. 

Pabila kau celik, 
Mengembaralah ke luar sana, 
Selagi kau mampu,
Selagi kesihatanmu mampu, 
Selagi kewanganmu mampu, 
Selagi masa-mu mampu, 
Selagi udara di luar sana masih belum tercemar, 
Dan mampu memberi penglihatan yang sempurna, 
Kau nikmatilah keindahan alam-Nya. 

Pelbagai manusia akan kau temui, 
Kan kau berjumpa flora dan fauna yang pasti, 
Nikmatilah keindahan kehidupan yang kau diberi, 
Sebelum kau berlalu pergi. 

Pabila kau celik, 
Kemaskan barang keperluanmu, 
Untuk kau lepasi pintu lapangan terbang itu, 
Jangan kau lupa buku memorimu, 
Untuk kau catitkan detik-detik emas yang dilalui,
Dan selitkan kepingan-kepingan gambar, 
Yang kau tangkap di Machu Picchu. 

Langkahlah keluar dari kotakmu itu,
Dan hadapi cabaran di luar sana,
Jangan kesali apa yang kau lalui, 
Kesalilah apa yang tidak kau lalui, 
Kerana kau masih mampu. 


By: Hannah Ismail
14.10.2015

You Might Also Like

0 comments

Subscribe